MALAYSIA – HAB HALAL DUNIA

Oleh makyong

Pernah satu ketika, kerajaan Malaysia teruk dikutuk dan dikritik oleh pelbagai pihak terutama pembangkang kerajaan apabila kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia.

Ramai pihak tidak bersetuju dan menentang habis-habisan terutama bila banyak kilang-kilang makanan yang dikatakan membekal makanan-makanan halal (yang mempunyai logo HALAL Jakim) telah dikenakan tindakan oleh pihak Jakim kerana tidak memenuhi syarat makanan halal.

Hari ini, suara-suara sumbang tersebut mula tidak kedengaran apabila projek Hab Halal Malaysia telah diterima dan diakui oleh Negara-negara Islam dunia.

Bermula dengan Malaysia International Halal Showcase kemudian diikuti World Halal Forum yang di pengerusikan oleh Khairy Jamaluddin, orang-orang Islam seluruh Malaysia khasnya, dunia amnya mula membuka mata.

Projek Hab Halal ini mula diterima oleh seluruh masyarakat Malaysia, terutama apabila projek itu mula membuka peluang kepada usahawan Muslim yang sepatutnya merupakan pengeluar utama makanan halal.

Selain daripada itu, masyarakat bukan Islam juga turut memahami kepentingan produk halal dalam kehidupan harian akan merancakkan lagi perkembangannya.

Tahun 2010 akan lebih membuktikan lagi bahawa usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia adalah bertepatan apabila nilai pasaran global bagi produk halal ketika itu dianggarkan sebanyak RM 8 trilion setahun.

Peluang telah dibuka seluas-luasnya kepada usahawan Islam Malaysia. Mereka seharusnya sudah bersiap sedia menghadapi tahun 2010 dimana Malaysia akan diiktiraf sebagai Hab Halal Dunia.

Usahawan Islam Malaysia juga seharusnya memonopoli perniagaan ini yang mana sekarang ini ia dimonopoli oleh orang bukan Islam. Mereka patut menjadikan pengiktirafan Malaysia sebagai Hab Halal Dunia sebagai satu perangsang untuk lebih maju.

 

 

dipetik dari Utusan Online

Hab Halal Dunia buka peluang usahawan Muslim

Oleh MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Isma Addi Jumbri.

MALAYSIA yang merupakan pengerusi kepada Persidangan Negara-negara Islam (OIC) berhasrat untuk menjadi Hab Halal Dunia pada 2010. Dengan kata lain, Malaysia berazam mencapai status negara pengeluar utama produk makanan dan perkhidmatan halal bagi keperluan dunia menjelang tahun tersebut.

Ketua Jabatan Pengurusan Perniagaan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Isma Addi Jumbri berkata, hasrat kerajaan itu perlu dipandang serius dan disahut sebagai satu peluang serta cabaran khususnya kepada usahawan Muslim di Malaysia yang majoritinya merupakan bumiputera dan berbangsa Melayu.

Katanya lagi, penduduk Islam di dunia yang mencapai 1.6 billion orang dan 60 peratus penduduk di Asia menjadikan hasrat Malaysia ini begitu realistik. Ia juga merupakan peluang yang terbuka luas terutama buat usahawan Muslim sebagai pengeluar makanan halal.

Menurutnya, kesedaran masyarakat bukan Islam yang turut memahami kepentingan produk makanan halal dalam kehidupan seharian mereka merancakkan lagi perkembangannya. Ini kerana, takrifan sebenar produk makanan halal bukan hanya terbatas kepada bahan asas yang digunakan dalam menghasilkan produk akhir semata-mata.

Kebersihan

“Ia mencakupi konsep yang lebih luas iaitu bermula dari peringkat awal hinggalah ke peringkat akhir dan sehinggalah produk itu sedia untuk dimakan. Ia juga memberikan penekanan kepada aspek kebersihan dalam pemprosesan keseluruhan penghasilan makanan tersebut,” jelasnya.

Tambah Isma Addi, ini bertepatan dengan definisi makanan halal yang diwartakan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) iaitu makanan yang dibenarkan oleh hukum syarak dan menepati beberapa syarat tertentu. Antaranya, makanan itu tidak mengandungi mana-mana bahagian produk haiwan yang tidak halal dimakan.

Selain itu, ia juga tidak mengandungi ramuan daripada bahan najis dan selamat serta tidak memudaratkan dan ia mesti disediakan, diproses atau dikilang dengan menggunakan peralatan-peralatan yang tidak dicemari bahan najis.

“Produk akhir pula tidak boleh mengandungi bahagian anggota manusia atau hasil daripadanya. Terakhir sekali, semasa penyediaan, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan pengangkutan, makanan tersebut mestilah diasingkan daripada makanan lain yang tidak halal, tidak bersih serta tidak menepati syarat,” jelasnya kepada Mega, baru-baru ini.

Ujar Isma Addi, jika melihat kepada perkembangan semasa potensi dan permintaan produk makanan halal di dunia, ia dijangkakan terus meningkat. Kesannya banyak negara berlumba-lumba menawarkan diri menjadi pengeluar produk makanan halal dunia termasuklah negara jiran, Singapura.

Nilai pasaran global bagi produk halal yang dianggarkan sebanyak RM8 trilion setahun menjadikan hasrat Malaysia sebagai Hab Halal Dunia pada 2010 tepat pada masanya.

Berdasarkan maklumat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), pasaran beku halal dijangka akan berupaya mencapai RM193 billion menjelang 2010. Sebagai maklumat, semasa berlangsungnya Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Keempat (Mihas 2007) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Mei lalu, sebanyak RM213.9 juta jualan serta-merta diterima sepanjang pameran berlangsung.

Pameran itu melibatkan penyertaan sebanyak 426 syarikat berbanding 392 buah pada tahun lalu. Jelaslah, memperlihatkan kepada kita bahawa produk halal ini begitu diyakini dan mempunyai prospek yang begitu luas.

Namun, adalah agak mengejutkan berdasarkan statistik permohonan sijil halal yang dipaparkan oleh salah sebuah akhbar tanah air bertarikh 15 April 2005, didapati 80 peratus permohonan sijil halal terdiri daripada syarikat bukan Islam.

Laporan dan statistik tersebut turut memaparkan majoriti permohonan sijil pengesahan halal dan logo halal yang diterima oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kebanyakan melibatkan usahawan berbangsa lain.

Kata Isma Addi, mereka ini bukan sahaja mendominasi dan memonopoli pengeluaran makanan dan minuman halal malah turut memonopoli rumah penyembelihan di Selangor.

Persoalannya, adakah umat Islam menyedari dan memandang serius akan isu ini atau hanya berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa? Apa pula peranan sebagai individu yang jelas beragama Islam dan mengamalkan Islam dalam kehidupan?

Sasaran

“Saya melihat hasrat Malaysia ke arah Hab Halal Dunia pada 2010 bukan hanya peluang yang terbuka luas buat usahawan dan bakal usahawan Muslim.

“Ia juga merupakan cabaran yang harus disahut dan sudah tiba masa untuk mengatur langkah agar turut menjadi penyumbang dalam penghasilan produk makanan halal ini,” katanya.

Lebih-lebih lagi, tahun 2010 juga merupakan sasaran kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam mencapai matlamat dasar pemilikan 30 peratus ekuiti korporat di kalangan bumiputera. Jangan nanti sekadar menjadi pengguna akhir terhadap kewujudan dan kerancakan industri halal di Malaysia dan di dunia.

Menurut Isma Addi, walaupun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam tetapi pengeluar-pengeluar produk makanan halal dikuasai dan dimonopoli oleh bukan Islam.

“Tidak terdetik di hati dan tidak sensitif sekiranya situasi ini benar-benar berlaku pada 2010 nanti. Pada masa itu,ia hanya ibarat kerbau punya susu, sapi dapat namanya,” jelas beliau.

Terang Isma Addi lagi, pasaran makanan halal yang terbuka luas ini memberikan peluang bukan sahaja sebagai pengeluar malah usahawan Muslim boleh turut menceburkan diri sebagai pemasar, pemborong, pengedar, peruncit, pembekal dan juga sebagai penyedia makanan halal, biarpun bersaiz kecil.

“Saiz perniagaan tidak menjadi kayu pengukur utama dan paling penting setiap Muslim mempunyai kesedaran tinggi untuk menjadi penyumbang ke arah Malaysia Hab Halal Dunia pada 2010 dan termasuklah sebagai pengguna mereka perlu lebih peka dan mengutamakan produk halal,” tambahnya.

Barangkali ada yang berpendapat tidak perlu khuatir atau ragu terhadap makanan yang telah mendapat pengiktirafan halal misalnya daripada Jakim walaupun pengusahanya bukan Islam.

Mungkin ada berpendapat, apa salahnya kalau orang bukan Islam yang menghasilkan produk makanan halal di Malaysia mahupun di luar negara kerana mereka ini turut dipantau oleh badan-badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan halal.

“Ada juga yang beralasan bukan senang nak jadi usahawan kerana modal yang diperlukan adalah tinggi dan sukar diperoleh. Pelbagai alasan yang boleh dikemukakan oleh masyarakat Islam di Malaysia yang majoritinya bumiputera dan berbangsa Melayu.

“Tanpa kita sedari, kesemua alasan ini bagi saya hanya sekadar memaparkan sikap, pemikiran dan tindakan umat Islam di Malaysia yang semakin kurang sensitif terhadap agama dan tidak mahu menjadi penyumbang bersama terhadap hasrat kerajaan ini,” tambahnya.

Masyarakat pernah terbaca pembongkaran kisah benar yang mendedahkan pusat penyimpanan beku di pasar terkenal menyimpan produk halal bercampur dengan produk yang tidak halal. Begitu juga dengan pembongkaran pemprosesan sosej yang bersalut usus khinzir dan kilang pembuatan roti yang kotor dan menjijikkan.

“Bagaimana pula dengan pendedahan Jakim mengenai sebuah syarikat pemprosesan ayam terkenal terpaksa ditarik balik sijil pengesahan halalnya kerana kebanyakan ayam tidak disembelih mengikut syariat Islam?

“Ini menunjukkan sikap pengusaha bukan Islam yang seakan-akan memperlekehkan umat Islam negara ini sehingga sanggup menggantung ayat al-Quran semata-mata untuk menggaburi pengguna Islam walaupun pemiliknya bukan beragama Islam,” jelasnya.

Kata Isma Addi, apa pula perasaan umat Islam sekiranya terdapat pengusaha yang melampau dan mencabar agama Islam? Mereka sanggup meletakkan label sijil halal pada botol arak serta pelbagai isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Meskipun mungkin ada yang menyatakan bahawa kes-kes tersebut hanya merupakan isu yang terpencil namun sebagai umat Islam kita perlu melihat perkara ini sebagai satu cabaran agar tidak dipermainkan atau diperlekehkan. Umat Islam perlu bergerak dan melangkah bersama dengan pengusaha bukan Islam dalam merebut peluang yang terbuka luas ini.

“Dengan iltizam dan usaha yang gigih sebagai usahawan Muslim khususnya dalam industri produk makanan halal ini membawa keuntungan bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Sebabnya, ia turut memartabatkan bersama maruah agama Islam, bangsa dan Malaysia tercinta,” katanya.

 

About these ads

14 Komen

  1. Saya mahu mengeluarkan produk rempah dan tepung goreng serbaguna. tetapi tidak tahu prosedur untuk mendapatkan sijil halal dan mal number

  2. saya ingin eksport ayam beku ke cambodia.saya nk berhubung dgn pihak mana.harap dpt bantu

  3. I will be a niche junkie along with employ sites
    to develop specialized niche internet sites regularly.
    Each time My partner and i build a completely new WordPress blog I am certain to install
    unique WordPress plugins which make SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (search powerplant
    optimization) simple. Search engines usually benefit weblogs because they’re continually kept up to date with completely new information which provides the robots something not used to examine. You possibly can make engines like google prize ones sites while using next extensions that i use whenever I build a brand new blog.

    Get the particular SEARCH ENGINE OPTIMISATION difficulties since they locate bettering your blog and focusing on the excess links and tags you will want. The most significant facets of WEB OPTIMIZATION is the content material on the website, and also this can be the easiest way to begin with along with natural leads to the search engines.

  4. My relatives always say that I am killing my time here at web, except I know I am getting experience daily by reading such good posts.

  5. It is not my first time to visit this site, i am visiting this web site dailly and obtain nice facts from here everyday.

  6. I am curious to find out what blog platform you’re utilizing? I’m having some minor
    security problems with my latest site and I’d like to find something more safe. Do you have any recommendations?

  7. Fantastic post but I was wondering if you could write a litte more on this
    subject? I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further. Thanks!

  8. Greetings from California! I’m bored to tears at work so I decided to browse your site on my iphone during lunch break. I really like the information you present here and can’t
    wait to take a look when I get home. I’m shocked at how quick your blog loaded on my phone .. I’m not
    even using WIFI, just 3G .. Anyhow, awesome blog!

    Wonderful Job, Chow!

  9. I’m not sure exactly why but this web site is loading extremely slow for me. Is anyone else having this problem or is it a problem on my end? I’ll check
    back later and see if the problem still exists. Kudos!

  10. Anyhow, I’m impressed by your concept here, I will definitely subscribe to your RSS feed! Thank you so much, a wonderful job!

  11. Cheers ! very informative post! Very much appreciated
    information!

  12. This design is spectacular! You obviously know how to keep
    a reader amused. Between your wit and your videos, I was almost moved to
    start my own blog (well, almost…HaHa!) Excellent job.
    I really loved what you had to say, and more
    than that, how you presented it. Too cool!

  13. I’m really loving the theme/design of your weblog. Do you ever run into any internet browser compatibility problems? A couple of my blog visitors have complained about my blog not operating correctly in Explorer but looks great in Opera. Do you have any advice to help fix this problem?

  14. Hi, yeah this paragraph is genuinely pleasant and I have learned lot of things from it about blogging.
    thanks.


RSS Komentar URI Pengenal Pasti Jejak Balik

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.