Dajal Rempit?

Saya tertarik dengan artikel yang terpapar dalam website harakahdaily.net yang membincangkan tentang penukaran perkataan “mat rempit” kepada “dajal rempit” atau “penyagak rempit”.

Ada sesetengah pihak tidak bersetuju dengan penukaran perkataan tersebut dengan sebab-sebab yang boleh menjatuhkan maruah seseorang dengan lebih teruk lagi..Mungkin dengan penukaran “mat rempit” kepada “dajal rempit” dapat menguatkan lagi pandangan atau pemikiran masyarakat tempatan tentang kedasyatan seorang perempit walhal perilaku perempit tidaklah seburuk gelaran yang dipanggil.

Ada juga sesetangah pihak tidak mempunyai apa-apa pendapat atau pandangan tentang penggunaan “dajal rempit” ini pada mat rempit…mungkin pihak ini sudah jemu dengan sikap atau senario yang berlaku dengan mat rempit. Jadi apa-apa gelaran pun yang diberikan tidak mampu untuk mengubah keadaan yang telah, sedang atau akan berlaku.

Memang kalau diikutkan merempit salah dari segi undang-undang. Tapi kita tiada hak untuk melabel seseorang itu dengan gelaran yang begitu menghina. Sedangkan dalam Islam itu sendiri mengatakan setiap apa yang diucapkan adalah satu doa. Kita sendiri tahu apa maksudnya Dajal kan?. Bukankah dengan gelaran sebegitu kita mendoakan lagi mereka kearah kejahatan?

“Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya”

Fikir-fikirkan lah……

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s