Ketua KeADILan Tumpat isytihar keluar parti

TUMPAT, 23 Mac (Hrkh) – Parti KeADILan Rakyat Bahagian Tumpat hari ini dikejutkan dengan perletakan jawatan ketua bahagian, Haji Saupi Daud pada mesyuarat agung kali keempat yang berlangsung pagi tadi.

Lebih mengejutkan lagi apabila beliau mengisytiharkan keluar dari parti itu semasa ucapan aluannya ketika mesyuarat agung bermula. Sebelum ini, beliau digugurkan jawatan sebagai Penyelia Parlimen Tanah Merah.

Ketika ditemui selepas meninggalkan mesyuarat itu katanya, beliau bertindak keluar daripada KeADILan kerana kecewa dengan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) tidak mengotakan janji untuk merombak struktur parti berkenaan di Kelantan.

“Pada kongres KeADIlan di Pulau Pinang tahun lepas MPT berjanji untuk merombak struktur parti. Namun, sehingga kini saya tidak nampak rombakan itu berlaku. Saya kecewa terhadap MPT.

“Saya juga tidak yakin dengan MPT sekarang mampu untuk membawa perubahan kepada KeADILan memandangkan ramai pimpinan baru sekarang lebih mengutamakan jawatan,” katanya.

Menurutnya, terdapat dua generasi dalam KeADILan iaitu generasi Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang banyak berkorban untuk parti dan zaman selepas pembebasan mantan timbalan perdana itu yang dianggap lebih mementingkan kedudukan.

Kata beliau selagi MPT tidak mengambil tindakan drastik mengubah corak pentadbiran sekarang, parti itu mungkin tidak dapat bertahan lama.

Saupi pernah dilantik Setiausaha Umno Bahagian Tumpat pada 1998 sebelum menyertai KeADILan. Beliau dipecat dari Umno kerana terbabit dalam reformasi. Bertanding di Parlimen Tanah Merah pada 1999 dan memenangi kerusi tersebut selama sepenggal.

Ditanya masa depan politiknya, beliau menegaskan tidak sekali-kali akan menyertai Umno semula.

“Saya mengesahkan tidak akan menyertai Umno semula. Saya akan memikirkan untuk memilih parti lain. Sekarang memberi tumpu untuk mengekalkan Kelantan di bawah pemerintahan ulama,” ujarnya.

Beliau juga memberitahu ramai pemimpin KeADIlan peringkat negeri dan pusat keluar dari parti tersebut antaranya Saifuddin Nasution, Ustaz Mohamd Mustafa dan Saari Sungib.

Mesyuarat agung yang berlangsung di Pantai Sri Tujuh itu agak panas setelah Ketua Penerangan KeADIlan Kelantan, Nik Aziz Nik Hassan muncul selepas perasmian dilakukan Bendahari KeADILan, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pada mesyuarat itu Saupi dijangka dicabar Timbalan Ketua KeADIlan Tumpat, Abdul Razak @ Mohamad Samad. – /mj

4 Komen

  1. I like what you guys are usually up too. This sort of clever work and exposure!
    Keep up the great works guys I’ve incorporated you guys to our blogroll.

  2. The menu is attractive and easy to use, just tap on a title that
    takes your fancy and within seconds you’ll be reading your chosen classic. The ratio is usually 10% of the number you are following against the number following you, or 200 people, (whichever is smaller) – I’ve never really hit this maximum so I cannot confirm these numbers. While most Internet users have discovered the benefits and advantages of tweeting, there is still one main complaint of many Twitter users. Numerous businesses are marketed over the Internet through individual websites. You can also configure your update schedule via Tiny Twitter (via Menu >Settings Synchronisation), depending on your desire to read new Tweets, your mobile device battery or your dataplan. You’ve all loved Tweetie on the i –
    Phone, its slick functionality and sleek looks have made it an instant
    favorite for most i – Phone twitterers.

  3. Very recently, hundreds of web users were sued by the Recording Industry.
    The pilot program is in response to creators wanting more ways to monetize
    their content. This is very important fact because when a new potential client discovers your video by chance he or she will notice how people are satisfied from your services or products.

    Many have been able to give up their daily jobs and have used You – Tube as a full-time income.
    Here, we’ll show you how it’s done with i – Funia Free You – Tube Downloader for Mac.

    Sound is where a good deal of You – Tube videos fall down.

  4. Hi my friend! I want to say that this article is awesome,
    nice written and include approximately all important infos.

    I’d like to look more posts like this .


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s