khairy…khairy…oh..khairy

Bila kita bercakap tentang Khairy Jamaluddin, Kita akan bercakap pasal menantu Pak Lah…..Bila kita bercakap tentang keburukan Khairy kita akan bercakap pasal menantu Pak Lah. Apa sahaja dilakukan oleh Khairi akan mendatangkan kesan pada Pak Lah. Ini akan menjejaskan kepimpinan Pak Lah sebagai pemimpin negara. Jadi adakah Khairi patut berundur??? 

Memandangkan begitu banyak cerita-cerita yang dimainkan oleh parti pembangkang yang sememangnya tidak benar dan palsu sama sekali sekaligus mempengaruhi fikiran rakyat. Semasa cerita-cerita beliau diwarwarkan di media elektronik dan media cetak…..Khairi hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu hal sebenar. Ini menyebabkan rakyat percaya apa yang dikatakan oleh parti pembangkang adalah benar Tidak kurangnya dengan segelintir orang politik yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Khairi secara mengejut dalam arena politik ini sekaligus memegang tokoh pimpinan yang tinggi dan walaupun beliau berkelulusan dalan bidang politik dari Universiti Oxford dan mempunyai semangat juang yang tinggi yang dapat dilihat dlm diri beliau.

3 Komen

  1. Salammmm and very gud morning !!! : )
    heh..pagi-pagi lagi member aku sorang ni dh suh buka blog dia,ceh..nak suh aku komen la tu..heheh :8P k la,Encik ….. (takleh buh nama dia ni,sensetip..huhu) aku pepagi ni, dh baca blog ko,anyway, aku sokong gk apa yg ko ckp, sekang ni kita memerlukan org baru,idea baru, dan pemimpin baru..yang akan membawa kepada langkah baru. Biarla apa org nk kata, “Khairy ni itu la..” , ” Khairy ni ini la… ” aler…org becakap pn sebb dia org dekat ngn PM kita, cuba kalo dia org biasa, masuk politik tadela org nk hentam kaw2!! ni kira bonusla Khairy oiii sebb hang anak menantu PM kita. Sabaq la noo…
    erm…apa yg aku taula,dari sumber2 yg boleh dipercayai,Khairy ni org dia cool,tade nk cepat glabah…biasala..tambah g muke nsem,ramaila nk dekat. Tang kes Maya Karin ni,tu mmg tak dinafikan la..dia mmg ada kawan ngn Artis laWa ni…tapi dh jadi lumrah dunia,kot kalo org cantik kawan ngn org nsem..for sure ada yg dengki hati.. ( jgn mare yea Ms. KHairy🙂
    Berkenaan “MY Team” yg ditubuhkan oleh KHairy pula,memula ramai org hentam,ada yg tak setuju..kata “Mengabihkan boghehhhh yoo” tapi tgk skang ni, pasukan muda kita dh mara satu tapak ke tingkat yang boleh di banggakan. Dh 10 tahun nagara Malaysia kita dahagakan satu “ComeBack” kearah kegemilangan Bola Sepak Malaysia, diharapkan dengan pasukan muda ini dapat memberi sinar baru sekaligus membuktikan usaha Pemimpin muda saudara Khairy dpt membuahkan hasil.

  2. Assalamualaikum……..
    memetik kepada artikel ini,banyak perubahan dan usaha yg telah dilakukan oleh khairi.melihat dari sudut pembangunan belia khasnya,khairy dilihat menubuhkan UPB MYteam..usahanya begitu gigih sekali menarik penyokong dari golongan belia untuk menyokong beliau.usaha yang dilakukan nya kelihatan begitu menampakkan hasilnya..hasil daripada itu,dia memberi peluang kepada belia2 di kawasan luar bandar dapat menunjukkan bakat merka disamping menaburkan bakti mereka kepada tanah air.kita patut menyokong usaha khairy dan menjadi tulang belakang kepada beliau untuk terus menaikkan semangat orang melayu……

    sekian…….

  3. Salam,

    Khairi ka siapa ka kalau dah menantu PM aku boleh komen satu je lah jangan lah libatkan diri dalam politik. Kalau dah menantu PM pilih je lah nak jawatan apa conperrmmmm boelh menang. Ni pun nasib baik lah ketua pemuda umno ni hishamuddin adalah glamour sikit sbb anak pada bekas perdana menteri lagi pun brader sepupu pada TPM. Kalau lah org biasa ketua pemuda mahu kahiri ni pi langgaq gak.

    Kalau dah dok dalam keluarga PM tu dok lah diam diam. Tak semestinya jadi tokoh politik baru boleh buat my team ka your team ka apa team ka. Dok luar dari politik pun boleh buat.

    Lagipun kalau betui2 nak kembalikan kegemilangan bola sepak bukan dengan cara My team tu. Latihan dan komitmen tu yang penting. Masalah sukan malaysia keseluruhan nya tak dak pelapis and tak dak komitmen.

    Cuba lihat Bola dulu ada arwah Mokhtar sekarang ada siapa. Squash ada Nicole lepas Nicole ada ka seseiapa. Seelok2 nya biar lah yang pakar dalam bidang sukan ni handle tak payah lah org politik ka anak raja ka sultan dok menyibuk.

    Balik pada si khairy ni agenda dia senang ja tarik golongan muda bagi apa depa nak sebab 10 tahun lagi semua ni akan sokong dia jadi presiden umno. Sebab nak jadi PM malaysia bukan nya susah perlu kan dalam 2,000 undi je (Perwakilan UMNO). Bukan nya dari 25 juta rakyat Malaysia.

    Cubalah kita renungkan nasib dan masa depan 25 juta rakyat Malaysia ditentukan oleh 2 ribu orang yang kebanyakannya di sogok dengan wang ringgit dan hidup yang mewah.

    Akhir Kata:

    Allah Selamatkan Malaysia AMIIIIIIINNNNNNNN.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s