PERANGI RASUAH MISI NASIONAL

Memerangi rasuah merupakan salah satu agenda utama dalam arena kepimpinan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagi menyokong agenda ini, YAB Timbalan Perdana Menteri juga turut menegaskan bahawa kerajaan bertekad memerangi rasuah kerana ia adalah satu misi nasional. Beliau juga mengatakan bahawa rasuah adalah ancaman dalam masyarakat demokratik. 

Najib juga menolak tanggapan sesetengah pihak kononnya kerajaan tidak serius dalam soal itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha meningkatkan integriti nasional dan membanteras rasuah bukan saja dipandang berat oleh Perdana Menteri tetapi juga oleh kerajaan.

  “Saya ingin menegaskan di sini bahawa soal memerangi rasuah bukan agenda Perdana Menteri semata-mata. Ia misi nasional dan kerajaan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dalam perkara ini.

  “Malah pelaksanaan lima sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) iaitu bagi meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam, meningkatkan tadbir urus dan etika perniagaan, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat, mengurangkan salah guna kuasa dan memantapkan institusi kekeluargaan adalah bukti usaha kerajaan dalam memerangi rasuah,” katanya.

  Sekiranya ia tidak ditangani dalam jangka masa panjang, katanya, rasuah itu akan menjadi barah dan bakal melahirkan generasi pegawai yang tidak amanah serta berlakunya salah laku dalam pentadbiran yang bakal menjejaskan sistem politik, sosial, undang-undang dan pentadbiran negara.

  “Akhirnya, ia akan menghalang usaha bagi mewujudkan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral, etika, nilai keagamaan dan kerohanian utuh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur,” jelasnya.

  Bagaimanapun, ujar beliau, dengan pelaksanaan PIN, nampaknya masyarakat telah menunjukkan keprihatinan yang tinggi terhadap kes-kes rasuah yang berlaku dalam negara terutamanya dalam sektor awam.

  “Saya juga berharap pelbagai kempen dan sokongan terutamanya agensi penguatkuasa, sektor swasta, komuniti dan pemimpin politik boleh meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai kepentingan negara dalam mempromosikan integriti dan tadbir urus sebagai misi nasional,” katanya. 

Tinggalkan komen

Tiada komen.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s