Kita hasil darah tiruan-Pengeluar pertama di dunia sekiranya terbukti dari segi klinikal

BOSTON 9 Mei – Malaysia bakal menjadi negara pengeluar darah tiruan – untuk manusia – pertama di dunia sekiranya rundingan kerajaan dengan sebuah syarikat yang masih dirahsiakan namanya menjadi kenyataan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sekiranya ia terbukti dari segi klinikal, ia dijangka menjadi satu bahan yang amat besar kesannya kepada manusia dan dunia.

“Kita bersedia beri insentif khusus untuk memujuk mereka melabur kemudahan pengeluaran di Malaysia, dan percubaan klinikal juga akan dilakukan di Malaysia.

“Ia adalah satu pelaburan bertaraf tinggi. Saya telah berjumpa dengan beberapa buah syarikat bioteknologi yang menunjukkan minat yang besar menjadikan Malaysia sebagai tapak pengeluaran mereka, tapi mereka memerlukan insentif tambahan.

“Saya telah katakan, jawatankuasa Kabinet (mengenai bioteknologi) yang saya pengerusikan boleh mempertimbangkan insentif khusus untuk syarikat-syarikat ini.

Ini termasuk sebuah syarikat yang ada cadangan untuk menjalankan pengeluaran darah tiruan yang amat menarik sekali,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan makan tengah hari dengan sekumpulan profesor Universiti Harvard di universiti itu dekat sini hari ini.

Beliau berada di bandar raya Massachusetts ini kerana menghadiri Persidangan Antarabangsa Pertubuhan Industri Bioteknologi (BIO BOSTON 2007).

Ditanya apakah nama syarikat yang akan membuat darah tiruan itu, Najib berkata, ia akan diumumkan kemudian kerana ia masih dalam peringkat rundingan.

“Kita tengah berunding kerana kita mahu tahu apa jenis insentif yang mahu disediakan untuk mereka, serta langkah yang perlu diambil berkaitan perlindungan kepentingan dalam pelaburan itu.

“Cuma saya mahu memberi petunjuk bahawa ia adalah satu kemungkinan yang menarik dan boleh berlaku, peluangnya adalah baik dan kita perlu melakukan lebih baik daripada yang lepas dengan hanya menyediakan pakej khas serta promosi, tapi lebih daripada itu seperti meningkatkan hubungan dengan mereka, memujuk mereka, menyediakan insentif khusus kerana dunia sekarang amat bersaing,” katanya.

Ditanya adakah Malaysia akan mengkhusus industri bioteknologi ini dalam bidang bioperubatan, beliau berkata, yang mana baik untuk negara ia akan dilakukan.

“Kita mahu meletakkan Malaysia sebagai hab dan kita telah mempunyai ramuannya,” jelas beliau.

Ditanya hasil pertemuannya dengan CEO BIO, James Greenwood dan pihak dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), Najib berkata, Greenwood and MIT memuji komitmen Malaysia

“Seperti yang diketahui kita sering diketepikan beberapa kali dalam bidang bioteknologi ini, tapi saya diberi penghormatan berucap pada satu majlis resepsi dan dalam sesi super oleh CEO Burill & Co, G. Steven Burrill (kapten dalam bioteknologi) semalam menyebut sebanyak enam kali nama Malaysia atas kesungguhannya dalam bidang itu.

“Jadi, kita telah meletakkan Malaysia dalam peta dalam bidang bioteknologi dan sains hayat dunia dan diharapkan Greenwood akan datang ke Malaysia dan membuat projek khas di sana ,” katanya.

BIO 2007 merupakan yang terbesar melibatkan penglibatan Malaysia sejak 2004. Pada kali ini lebih 300 anggota delegasi Malaysia mengambil bahagian termasuk dua menteri Kabinet iaitu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shafie Apdal, dua Menteri Besar, iaitu, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Idris Jusoh, Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Tan Sri Koh Tsu Koon dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan serta enam anggota Parlimen.

Mengenai penyertaan itu, Najib berkata, Malaysia mempunyai tiga tujuan dalam BIO 2007 ini selaras dengan agenda Dasar Bioteknologi Negara.

Pertama, mengenal pasti apakah aliran perkembangan industri bioteknologi dan sains hayat di dunia ini, kedua, untuk mengetahui dan mengenal pasti bagaimana meletakkan Malaysia dalam rangkaian nilai bioteknologi dunia (Global Biotechnology Value Chain), dan ketiga untuk mempercepatkan (fast track) pembangunan dan perkembangan industri itu dan kaedah serta cara-cara terbaru yang boleh dilakukan.

“Alhamdulillah, nampaknya dalam lawatan ini kita telah dapat memenuhi ketiga-tiga objektif itu antaranya trend melihat kepada industri personalized medication, atau ubat yang dihasilkan atas keperluan seseorang individu,” katanya.

Selain itu, katanya, industri yang paling pesat berkembang sekarang ialah perkembangan untuk menyediakan preventive medication, atau ubat-ubatan bagi pencegahan penyakit dan bukannya untuk mengubati semata-mata.

Selain itu, katanya, industri juga menuju ke arah Global Virtual Operation (GVO), iaitu operasi penyumberluaran penyelidikan dan pembangunan (R&D) di negara-negara lain.

Menyentuh mengenai rangkaian nilai bioteknologi dunia, Najib berkata, ia adalah industri yang besar iaitu perolehan tahunannya mencecah AS$90 bilion dengan jumlah R&D AS$25 bilion setiap tahun.

Katanya, ia menyediakan 240,000 pekerja berpengetahuan tinggi.

“Malaysia mempunyai kekuatan, antaranya ia mempunyai mega biodiversiti, iaitu antara 12 buah negara yang ada, kita mempunyai kelebihan dalam GVO dalam R&D, percubaan klinikal, pengeluaran kontrak dan sebagainya boleh dilakukan di Malaysia.

“Kita telah mempunyai infrastruktur pengetahuan dalam bentuk pusat kecemerlangan seperti di bawah Kementerian Sains, Teknologi Inovasi dan Kementerian Kesihatan serta syarikat-syarikat BioNexus (makmal-ke-pasaran),” jelasnya.

2 Komen

  1. Heya! I know this is sort of off-topic but I had to
    ask. Does running a well-established website like yours take a massive
    amount work? I’m brand new to writing a blog but I do write
    in my journal everyday. I’d like to start a blog so I can easily share my experience and feelings online.
    Please let me know if you have any suggestions or tips for brand new aspiring
    blog owners. Appreciate it!

  2. Greetings from Ohio! I’m bored to death at work so I decided to browse your site on my iphone during lunch break.
    I love the information you provide here and can’t wait to take a look when I get home.
    I’m shocked at how quick your blog loaded on my cell phone ..

    I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyhow,
    fantastic blog!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s