Sebahagian Masalah SPR Sudah Ditangani

Oleh makyong

Semua pihak bercakap mengenai rakyat Malaysia yang belum mendaftar mengundi di SPR. Dan semuanya menuding jari kepada SPR agar menyediakan kemudahan yang akan lebih menyenangkan rakyat untuk mendaftar.

Tindakan UMNO memperkenalkan kad keahlian yang akan memberi ganjaran kepada pemiliknya, menunjukkan betapa bersungguhnya UMNO dalam membantu pihak SPR menangani masalah rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar.

Kenyataan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia di dalam Berita Harian mengesahkan usaha ini.

Kad keahlian Umno beri mata ganjaran

KOTA BHARU: Umno akan mengeluarkan kad keahlian yang akan berfungsi sebagai kad untuk mendapatkan mata ganjaran kepada anggotanya yang mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim, berkata kad berwarna merah jambu itu membolehkan anggota Umno mengumpulkan mata ganjaran ketika membeli-belah di pasar raya dan gedung perniagaan di seluruh negara.

“Semua anggota Umno yang sudah berdaftar dengan SPR akan diberi kad itu selewat-lewatnya pada Ogos atau awal September,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Kad Keahlian kepada Pengarah Pilihanraya Empat peringkat Umno negeri di sini, semalam.

Mata ganjaran daripada kad itu juga boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah di pasar raya berkenaan berdasarkan jumlah mata terkumpul, katanya.

Husainay berkata, dianggarkan 2.7 juta anggota Umno yang layak mengundi akan diberi kad itu dengan kumpulan pertama seramai 840,956 orang dari Kelantan, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Beliau berkata, syarikat iCash Global Rewards yang mengendalikan pengeluaran kad itu akan membuat pemantauan melalui maklumat yang diberi oleh Pejabat Umno bagi memastikan setiap anggota Umno memiliki kad itu dengan cepat.

“Kami harap dengan pengeluaran kad itu lebih ramai anggota Umno mendaftar sebagai pemilih dengan SPR,” katanya.

3 Komen

  1. It’s impressive that you are getting thoughts from this piece of writing as well as from our argument made at this place.

  2. Hello there! Do you know if they make any plugins to safeguard against hackers?

    I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard on.
    Any recommendations?

  3. Hi, i think that i noticed you visited my blog so i came to
    return the want?.I’m trying to in finding issues to enhance my website!I guess its ok to use a few of your ideas!!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s