Peniaga turun harga, tidak mahu hilang pelanggan

dipetik dari Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 2 Jun – Langkah pasar raya besar menawarkan harga rendah terhadap lebih 2,000 barangan memberi kesan positif apabila para peniaga mula menurunkan harga sesetengah barangan kerana tidak mahu pelanggan “lari” ke pasar raya besar.

Tinjauan Bernama di dua pasar di sini iaitu Pasar Keramat dan Pasar Chow Kit mendapati harga 15 jenis barangan keperluan kering dan basah menunjukkan penurunan.

Beberapa peniaga ketika ditanya menyatakan bahawa kebiasannya harga ditetapkan mengikut waktu dan musim atau bergantung kepada bilangan pelanggan seperti hari ini yang merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Keputeraan Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Menurut mereka lebih ramai warga kota akan keluar untuk membeli barang keperluan harian pada hari cuti, lebih-lebih lagi pada awal bulan.

“Kita juga tidak mahu pelanggan mengubah haluan mereka ke pasar-pasar raya besar yang menurunkan harga barangan mereka seperti dilaporkan dalam akhbar,” kata seorang peniaga di Pasar Keramat.

Di PASAR KERAMAT, barang keperluan seperti ayam siap diproses, ikan kembung, sayur sawi, ikan bawal putih, sayur bayam, bawang merah dan bawang besar turun antara 50 sen dan RM2.

Ikan kembung yang dijual pada harga RM12 sekilogram semalam hari ini dijual antara RM7 dan RM10 sekilogram mengikut saiz.

Namun, begitu ada juga barangan basah yang naik harga seperti udang saiz sederhana yang dijual pada harga RM12 semalam meningkat RM2 kepada RM14 sekilogram.

Di PASAR CHOW KIT, harga barangan keperluan seperti ayam siap diproses, ikan kembung, ikan cencaru, udang, tomato dan bawang merah turun sekitar 30 sen dan RM1.

Bawang merah yang dijual pada harga RM4 semalam turun kepada RM3.

Harga barangan lain bawang besar, ubi kentang dan kacang panjang meningkat sekitar 20 sen dan 50 sen.

Beberapa peniaga berkata pemantauan kerap oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuatkan mereka lebih berhati-hati untuk menaikkan harga barangan.

– Bernama

1 Komen

  1. Normally I do not read article on blogs, however I wish to saay that this write-up
    very compelled me to check out andd do it! Your writing
    style has been surprised me. Thanks, vety nice post.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s