Harapan rakyat kepada Datin Seri Jeanne

Oleh makyong

 Semoga berbahagia. Itulah ungkapan yang sering disebut-sebut dalam beberapa hari ini buat Perdana Menteri Malaysia. Harapan daripada ungkapan tersebut amat besar maknanya. Ini adalah kerana harapan itulah yang akan memberi semangat baru kepada rakyat untuk melihat YAB Perdana Menteri sentiasa ada peneman ke majlis-majlis rasmi.

Sebelum ini kita melihat peneman YAB Perdana Menteri hanya anak perempuan beliau, Nori. Tapi selepas Nori disahkan mengandung, PM kembali bersendirian apabila ke majlis rasmi. Hari ini seluruh rakyat Malaysia berasa gembira apabila pilihan Pak Lah juga merupakan pilihan anak-anak dan  keluarganya.

Rakyat Malaysia juga berharap Datin Seri Jeanne dapat melaksanakan tugas bukan sekadar sebagai isteri tapi sebagai Wanita Pertama (First Lady) Malaysia. Semua tahu dan Datin Seri Jeanne juga tahu, bahawa banyak tugas yang menantinya apabila sudah bergelar First Lady.

Cuma harapan rakyat Malaysia agar kedua-duanya dapat melaksanakan tanggungjawab kepada Negara dengan lebih CEMERLANG GEMILANG TERBILANG.

Petikan daripada Utusan Malaysia ini membuktikan kebahagiaan mereka….

‘Saya rasa gembira’

SUBANG 11 Jun – “Saya rasa gembira.’’ Itulah ungkapan ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada wartawan yang bertanyakan apakah perasaannya apabila diiringi isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah ketika mengikuti program rasmi di luar negara.

Abdullah dan Jeanne yang berlepas ke Brunei petang ini bersalaman dengan lebih 100 orang yang menunggu di Bilik Orang Kenamaan, Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini bagi mengucapkan tahniah dan selamat jalan kepada mereka berdua.

Ketika berbual, Abdullah sempat menyebut perkataan ‘‘seronok… seronok’’ apabila ada di kalangan orang ramai yang bersalaman mengambil kesempatan mengusiknya dengan ungkapan: ‘‘Apakah perasaan Pak Lah?’’

Beliau segak memakai kot biru gelap manakala Jeanne berbaju kurung berwarna coklat muda dengan corak batik.

Mereka kelihatan ceria. Jeanne hanya tersenyum mendengar usikan berkenaan.

Abdullah diijabkabulkan dengan Jeanne di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di Putrajaya oleh Imam Masjid Putra, Abdul Manaf Mat Sabtu lalu.

Jet eksekutif kerajaan yang membawa mereka berdua menghadiri program rasmi di Brunei berlepas kira-kira pukul 3.20 petang.

Di sana, Perdana Menteri dijadualkan menghadiri Majlis Persantapan Diraja sempena perkahwinan puteri Sultan Brunei, Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Jaafari di Bandar Seri Begawan malam ini.

Turut hadir mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin; Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor dan Ketua Penerangan UMNO, Senator Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

Hadir sama ialah dua anak perempuan Jeanne iaitu Nadiah dan Nadene.

1 Komen

  1. Greetings! I’ve been following your weblog for a long time now and finally got the bravery to go ahead and give you a shout out from Austin Tx! Just wanted to say keep up the good job!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s