MTUC – fikir sebelum bertindak

Oleh makyong

Ahli-ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) secara besar-besaran telah mengadakan piket hampir seluruh Malaysia bagi menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM 900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM 300 bagi pekerja sektor swasta.

Tuntutan ini adalah susulan daripada tindakan kerajaan menaikkan gaji dan COLA kepada kakitangan awam kerajaan. Bagi MTUC, gaji pekerja sektor swasta juga perlu kepada kenaikan ini kerana ramai antara mereka menerima gaji di bawah paras kemiskinan.

Tidakkah MTUC terfikir bahawa tindakannya sehingga membawa kepada keadaan piket akan memberi satu pandangan tidak baik orang-orang tertentu terhadap kerajaan?

Tidakkah terfikir oleh MTUC bahawa tindakannya itu, sebagaimana yang dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, hanya akan mengeruhkan keadaan diantara pekerja, majikan dan kerajaan semata-mata.

Sepatutnya MTUC perlu bertindak secara bijak dan profesional. MTUC perlu berbincang dengan pihak kerajaan dengan lebih lanjut kerana perkara sebegini melibatkan ekonomi dan pembangunan Negara apalagi daya saing dalam Negara yang perlu dilindungi.

Keputusan bagi perkara sebegini bukannya semudah memetik jari. Sekali berkumpul, menjerit, maka segala tuntutan terus diluluskan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.

Jika kenaikkan gaji pekerja sektor swasta diluluskan tanpa menimbang atau meneliti secara menyeluruh, tidakkah MTUC terfikir akan baik buruknya terhadap usahawan-usahawan syarikat swasta yang baru bertapak? Mereka ini pun perlukan pekerja yang mana boleh dikategorikan sebagai pekerja sektor swasta?

Memang benar usahawan syarikat swasta semestinya mereka yang mempunyai modal tetapi ianya tidak boleh digunakan sebagai alasan bahawa mereka mampu untuk membayar gaji kepada pekerja dengan kadar gaji minimum RM 900.

Ini adalah kerana usahawan baru ini perlu menampung masalah-masalah awal penubuhan syarikat disamping keuntungan syarikat yang kecil malahan ada juga mengalami kerugian pada peringkat awal ini.

Adakah MTUC sudah menimbang segala perkara yang melibatkan bukan sahaja pekerja tetapi majikan juga perlu diambil kira kerana tanpa majikan tiadanya pekerja dan tanpa pekerja tiadanya majikan.

1 Komen

  1. mana depa nih pikir semua tu……


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s