‘Bantal busuk’ naik taraf

Oleh makyong 

Kempen minat membaca sudah lama dijalankan oleh kerajaan. Sehingga ke hari ini kerajaan tidak pernah berhenti dalam menjayakan kempen itu. Pihak sekolah, agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta, badan NGO, pertubuhan politik dan hampir semua pihak di Malaysia telah sama-sama berusaha bagi menjayakan kempen tersebut dengan harapan untuk memupuk minat membaca dikalangan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Pelbagai aktiviti dan program telah dijalankan oleh pelbagai pihak bagi melihat seluruh rakyat Malaysia suka membaca dan sekaligus mempunyai ilmu yang banyak dan mencukupi. Walaubagaimanapun, tiada aktiviti atau program yang sedemikian dilaksanakan atau dirancang khas untuk kanak-kanak kecil iaitu mereka yang berumur diantara 1 hingga 7 tahun.

Kemungkinan ramai diantara kita berpendapat bahawa kanak-kanak kecil itu tidak perlu ditekankan sangat dengan pembacaan dan mereka juga hanya tahu untuk bermain sahaja, maka tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan terhadap mereka bagi menanam sikap suka membaca.

Ketika semua masyarakat mengabaikan perkara tersebut, usaha Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) harus dipuji apabila telah berjaya mencari jalan untuk menarik minat kanak-kanak terhadap pembacaan sekaligus mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap kanak-kanak kecil tersebut.

PPAPP telah mengambil inisiatif daripada tabiat kanak-kanak kecil yang suka kepada ‘bantal busuk’ dan menukarkannya kepada ‘buku kain’ bagi memupuk minat terhadap ilmu pengetahuan bermula dari kecil lagi. ‘Buku kain’ merupakan projek perintis pertama di negara ini adalah satu lagi usaha kerajaan menerapkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat sejak kecil di bawah program Satu Bayi Satu Buku.

‘Buku kain’ yang dimaksudkan diperbuat daripada fabrik yang boleh dicuci dan tanpa toksik dimana ia tidak akan membahayakan kanak-kanak tersebut jika dijadikan peneman tidur mahupun digigit. Pada masa yang sama kanak-kanak itu boleh belajar daripada ‘buku kain’ tersebut kerana buku setebal 16 muka surat dan berwarna warni itu mengandungi pengenalan kepada abjad dan angka, gambar-gambar seperti pokok, bunga, buah-buahan, anggota badan dan haiwan.

Sebagai projek perintis, ia hanya boleh didapati di mana-mana perpustakaan awam atau desa di negeri Pulau Pinang sahaja dimana kemudiannya akan diperluaskan ke peringkat nasional tidak lama lagi. Sebanyak 30,000 buah ‘buku kain’ jahitan tangan itu telah dicetak dan diterbitkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris boleh didapati dengan harga RM50 setiap satu. Namun begitu, Perpustakaan Kanak-Kanak Pulau Pinang turut memberi peluang kepada keluarga yang tidak mampu untuk membelinya dengan menyediakan naskhah percuma.

Kita berharap usaha sebegini mendapat sokongan padu daripada kerajaan dan rakyat Malaysia sehingga ia mencapai tahap kejayaan yang cemerlang kerana ia juga merupakan usaha bagi memajukan lagi masyarakat agar mampu bersaing di era globalisasi yang mencabar ini.

3 Komen

  1. saya sokong usaha begini…..sambil2 nak tdo tu bleh belek2 tgk2 gambar…..

    mesti anak2 aku suka kalo aku beli kat mereka…..cayalah kerajaan malaysia skrg nih, bleh plak terpikir nk buat bantal busuk era baru nih

  2. Bagus tu… Tapi macam mana nk dptkan buku tu yek…?

  3. akuaza….kalo berminat, bleh hubungi Perbadanan Perpustakaan Pulau Pinang sebab dia dah bagitau bantal tu, buat masa ni ada kat PP jer


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s