Kebanggaan Anak Malaysia

Oleh makyong

5pm.jpg

Sebagai seorang anak Malaysia, banyak yang dapat kita banggakan. Kita bangga dapat hidup aman damai tanpa sebarang gangguan yang boleh membuatkan kita berada dalam ketakutan.

Kita bangga dapat berada di sebuah negara yang membenarkan kita bebas bersuara. Kita bangga dapat meneruskan kehidupan, dapat makan dan pakai walaupun tidak semua rakyat Malaysia berpendapatan sehingga mencapai RM10,000 sebulan.

Apa yang lebih membanggakan sebagai anak Malaysia adalah kejayaan Negara mencapai kemerdekaan yang ke 50 tahun pada tahun ini. Kebanggaan itu dikembangkan lagi dengan adanya seorang pemimpin negara seperti YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang adil, sentiasa memikirkan kemajuan rakyat tanpa mengira kaum.

—————————————————————————-

PM janji keadilan semua kaum

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berjanji akan menjadi seorang Perdana Menteri yang adil kepada semua kaum di negara ini.

‘‘Pemimpin yang adil tidak akan melakukan diskriminasi dan bagi saya pemimpin yang sengaja melakukan perkara ini tidak layak digelar sebagai pemimpin.

‘‘Saya sendiri akan berusaha menjadi seorang Perdana Menteri yang adil dan inilah janji saya,’’ kata beliau ketika berucap di hadapan 1,700 perwakilan pada Perhimpunan Agung MCA kali ke-54 di Wisma MCA di sini.

Katanya, sebagai pemimpin tertinggi negara, beliau akan memastikan semua pihak terus mendapat layanan yang saksama tanpa wujud sebarang diskriminasi.

Menurut Perdana Menteri, persefahaman antara UMNO, MCA dan MIC yang telah terjalin sejak era parti Perikatan 50 tahun lalu perlu dipelihara sepenuhnya.

Beliau berkata, hasil permuafakatan ketiga-tiga parti tersebut telah berjaya membebaskan negara dan rakyat daripada cengkaman penjajah.

‘‘UMNO, MCA dan MIC mempunyai sejarah yang cukup panjang. Saya mahu hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama ini dipelihara dan dijaga,’’ ujarnya.

Beliau menambah, hasil permuafakatan dengan parti lain dalam komponen Barisan Nasional (BN) telah menjadikan BN terus kuat hingga ke hari ini.

Dalam ucapannya, Abdullah mengingatkan semua parti komponen BN supaya terus bekerja dan dalam masa yang sama jangan menghiraukan permainan pihak pembangkang.

‘‘Memang kerja pihak pembangkang suruh kita bergaduh. Jangan hiraukan mereka… kita perlu terus bekerja untuk rakyat.

‘‘Tugas kita masih banyak yang belum selesai dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan,’’ tambahnya.

1 Komen

  1. Bangga jadi anak Malaysia!!! dari kecil sampai sekarang dah ada cucu pun masih lagi aman damai….


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s