Jangan mudah perlekehkan DEB – Bumiputera

 Oleh: Fatimah

Ramai berpendapat usahawan melayu tidak setanding usahawan bangsa lain, terutama usahawan berbangsa cina. Jika dilihat usahawan bangsa lain lebih cepat merebut peluang dah kebanyakan mereka lebih maju kehadapan dalam bidang perniagaan.

Tetapi perlu diingat masih ramai lagi usahawan melayu yang berjaya di Malaysia. Bagaimanapun ini bukan alasan untuk kita duduk senang tanpa memikirkan masa depan peniaga ataupun usahawan melayu, walaupun kita bukan dari golongan usahawan.

Usahawan/peniaga bumiputera makin ditindas apabila kebanyakan organisasi dipelupuri bangsa lain. Sebagai contoh isu restoran Kelantan Delight yang ditutup secara rasmi pada 23hb Ogos, di KLCC. Ini berikutan apabila sewa premis dinaikan hampir 50 peratus.Tiada lagi restoran yang menyajikan masakan Melayu di KLCC. Adakah ini bermakna pihak pengurusan Suria KLCC tidah mahu wujudnya restoran yang menyediakan masakan Melayu kepada para pelancong serta pengunjung KLCC? Jawapannya hanya ada pada Pengerusi Eksekutif Suria KLCC dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang seorang warga Australia, Brian Andrew.Ini bukan perkara kecil, ia harus dipandang serius. Sudah semestinya kita sebagai bangsa melayu tidak mahu  dibelunggu oleh perkara yang sama yakni terus terusan ditindas oleh ushawan bangsa lain. Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi membantu usahawan melayu. Malangnya bantuan yang diberi tidak pernah diguna sebaik mungkin oleh usahawan melayu. Bila perlukan bantuan mereka beriya-iya meyakinkan pihak kerajaan agar memberikan bantuan kepada mereka.Tetapi apabila bantuan diberi, hasilnya tidak kelihatan akhirnya diisytihar muflis, kerana tidak mampu membayar balik pinjaman/dana yang diberi. Malah orang melayu tidak pernah mengaku bahawa orang melayu sentiasa memerlukan tongkat untuk berdiri tengak. Tanpa bantuan kerajaan, jangan haraplah sesentengah orang melayu itu ingin bersusah payah bagi memajukan diri.Tanpa bantuan kerajaan, ada dikalangan bumiputera yang akan terus dibelenggu kemiskinan di paras kritikal.Antara usaha kerajaan yang sering dipertikaikan ialah, Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun kewujudan DEB sebenarnya membantu golong bumiputera, tidak dinafikan ramai orang melayu sendiri memperlekehkan sistem DEB itu.Lebih menyedihkan apabila golongan yang memperlekekan DEB itu adalah mereka yang berjaya kerana DEB. .Apabila sudah berjaya dan tidak memerlukan bantuan mereka mula mengatakan DEB membuatkan melayu malas dan hanya bergantung kepada kerajaan serta DEB antikemajuan.Tidak dinafikan ada betulnya kata-kata itu. Tetapi mereka jangan lupa, mereka jugalah golongan yang kuat mempertahankan DEB semasa dengan kerajaan atau mereka yang berjaya kerana DEB.Kita harus sedar bahawa masih banyak orang melayu yang memerlukan bantuan untuk keluar dari jurang kemiskinan.Ada benarnya, sejak dilaksanakan 37 tahun lalu, DEB tidak berjaya sepenuhnya. Terdapat kebocoran. Tapi banyak juga kejayaan yang diperoleh. Apa yang diharap kelemahan DEB tidak akan berulang seperti contoh dalam dasar atau rancangan pembangunan seperti RMK9.Ini tidak semestinya DEB boleh selesaikan semua masalah. Sekurang – kurangannya DEB dapat membantu orang melayu dan bumiputera keluar daripada keadaan miskin.

2 Komen

  1. Hi, I think your site could be having web browser compatibility issues.

    Whenever I look at your site in Safari, it looks fine but when opening in I.

    E., it has some overlapping issues. I simply wanted to give you a quick heads up!
    Aside from that, excellent site!

  2. Amazing! Its actually remarkable piece of writing, I have got
    much clear idea on the topic of from this paragraph.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s