Melayu tidak ‘peka’ kebimbangan Anwar atau sebaliknya?

Oleh: Habsah 

Pilihanraya Umum semakin hampir, Anwar Ibrahim semakin ghairah meraih undi orang melayu.

 Pelbagai strategi dilaksanakan selain ceramah-ceramah bagi mempengaruhi orang ramai, Anwar kini memulakan permainan terbaru beliau dengan isu video perbualan telefon ‘mengatur’ perlantikan hakim yang didakwanya berlaku sekitar tahun 2002.

Apabila kesahihan video tersebut mula diragui Anwar mula mengeluarkan kenyataan bahawa kes video ini menjadi perhatian masyarakat cina dan mereka memberikan reaksi yang baik termasuklah media mereka. Manakala masyarakat melayu masih kurang peka seolah isu itu tidak membabitkan kestabilan negara.

Di sini bukan ‘kepekaan’ orang Melayu yang menjadi kebimbangan Anwar tetapi meraih undi orang Melayu yang menjadi kebimbangan Anwar.

Ini kerana pengundi Melayu sekarang bukan macam dulu. Dulu mereka utamakan parti, jika diletak tunggul pun orang tetap akan undi. Hari ini rakyat sudah pandai memilih di antara pemimpin dan penyangak.

Anwar berpendapat orang Melayu tidak peka akan kestabilan negara, bagaimana pula kepekaan beliau terhadap kestabilan negara ketika berada dalam komuniti IMF? Ketika itu tidakkah beliau terfikir akan kestabilan negara? Yang sebenarnya Anwar hanya peka akan kestabilan dirinya sendiri.

Ketika masih menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjadi salah seorang ahli sub komuniti IMF (International Monetary Fund), sebuah organisasi yang memberi perkhidamatan pinjaman wang bagi pembangunan ekonomi sesebuah negara.

 Ia telah ditubuhkan untuk menggalakkan kerjasama kewangan antarabangsa, bertukar kestabilan, dan susunan-susunan pertukaran secara teratur untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan paras tinggi pekerjaan; dan menyediakan bantuan kewangan kepada negara-negara untuk kemudahan bantuan pelarasan imbangan bayaran.

Organisasi yang dipelupuri rakyat Amerika juga penganut Yahudi itu hanya bakal menghancurkan negara Malaysia ini kerana majoriti penduduk Malaysia beragama Islam, implikasi terhadap Malaysia jika meminjam dengan meraka ialah, negara akan menjadi jajahan mereka, perkembangan ekonomi yang terbantut seterusnya musnah dan kestabilan dan rakyat tergugat.

IMF juga adalah organisasi yang berkuasa dari segi ekonomi yang boleh memberhentikan Malaysia daripada mempunyai ekonomi yang kukuh. Orang bijak pandai seperti Anwar harus tahu perkara ini. Tetapi kenapa beliau tidak menghiraukannya dan ingin meneruskan hasrat kotornya itu sehingga beliau digulingkan.

Lihat sahaja contoh terdekat dua negara yang membuat pinjaman dengan IMF iaitu Indonesia (Muslim Country) South Korea (Non-Muslim country).

Dari aspek ekonomi indonesia amat teruk dan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil (economically destroyed), kehidupan rakyat mereka tiada kestabilan langsung, yang kaya terlalu kaya, yang miskin terlalu miskin. Manakala South Korean (Non Muslim Country) mempunyai kestabilan ekonomi yang boleh dibangakan, dan pertumbuhan pembangunan yang stabil.

Mengapa Anwar terlibat dan begitu teruja untuk menyertai skim pinjaman IMF itu? Ini bagi imbuhan-imbuhan yang dijanjikan serta bakal diperolehi Anwar dari IMF, contoh seperti pembiayaan politik, sokongan politik dan untuk mencapai sasaran beliau untuk menjadi orang nombor satu Malaysia.

Kini setelah kecewa di atas kebodohan sendiri, Anwar semakin sibuk propagandakan kestabilan negara dengan menyatakan golongan professional tiada maruah diri. Kenyataan seumpana ini hanya mencerminkan sikap Anwar sendiri ketika berada di kalangan golongan professional ini suatu masa dahulu.

1 Komen

  1. Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing this article and also the rest of the website is extremely
    good.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s