4J Harus Menjadi Keutamaan Wakil Rakyat

Oleh: Debryna

Mana-mana wakil rakyat yang tak sanggup berkhidmat elok undur diri saja. Begitulah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib menegaskan bahawa panggilan “Yang Berhormat” bukan panggilan glamour, tapi ia adalah satu tanggugjawab yang harus dilaksanakan terhadap rakyat, dalam erti kata lain wakil rakyat harus bersedia berkhidmat untuk rakyat.

Wakil rakyat jangan ambil mudah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Najib menyarankan agar wakil rakyat berpegang kepada konsep 4J. Pertama, Jaga Diri, kedua Jaga Rakyat, ketiga Jaga Kawasan, dan yang keempat Jaga Parti. Konsep 4J penting untuk semua wakil rakyat kerana merekalah pemimpin peringkat akar umbi. Mereka ibarat suara rakyat.

Sebagai wakil rakyat, mereka harus menjaga displin diri serta sikap mereka. Ini kerana meraka adalah contoh kepada rakyat untuk diteladani. Apa yang mereka janji dan katakan mestilah dikotakan. Jangan jadi seperti cakap tak serupa bikin.

Jika rakyat tidak dijaga, bukan mereka yang susah tetapi parti itu sendiri. Jika wakil rakyat sesebuah kawasan gagal menjalankan tanggungjawab mereka, maka rakyat akan mula hilang kepercayaan terhadap wakil rakyat dan parti yang diwakili mereka.

Wakil rakyat diharap dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan sentiasa ingat akan nasihat Timbalan Perdana Menteri tentang konsep 4J. Janganlah anggap pangkat dan jawatan itu sesuatu yang glamour dan untuk kepentingan diri sendiri sahaja. Tugas wakil rakyat adalah amat besar.

Oleh itu, kita berharap agar 4J diberi keutamaan oleh semua wakil rakyat. Pengundi sekarang bukan macam dahulu, kalau dahulu pengundi lebih mengutamakan parti tetapi sekarang mereka jauh lebih bijak menilai siapakah yang layak mejadi wakil atau pemimpin mereka.

Rakyat kini tidak boleh digula-gulakan lagi. Mereka sudah ada bermacam-macam saluran maklumat untuk digunakan bagi membuat sesuatu penilaian.

Pendek kata, wakil rakyat sekarang harus berubah kerana pengudi mereka juga sudah jauh berubah. Jalani tugas yang di pertanggungjawabkan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

1 Komen

  1. salam,

    Betui gak apa TPM kita ni cakap. Ini dari pengalam peribadi saya. Ada suatu masa saya pernah menalipon wakil rakyat di kawasan saya kerana ada isu keselamatan. Setiap minggu ada saja kereta yang hilang.

    Masa saya menalipon wakli rakayat, talipon bimbit nya di jawab oleh P.A nya. Lepas tu bila saya cakap ngan P. A nya dia kata wakil rakyat tengah sibuk dalam mesyuarat. Saya pun tanya lah mesyuarat apa. P.A nya kata saya tak perlu tahu mesyuarat apa sebab ni hal peribadi. So saya pun kata ok lah tak pa tolong suruh wakil rakyat call saya balik. P.A nya minta saya call pejabat wakil rakyat untuk urusan komplen mengomplen. So saya pun call lah pejabat dan pejabat wakil rakyat pun suruh saya datang pada hari tertentu dan waktu tertentu.

    Saya pun pergi lah pada hari tertentu dan waktu tertentu tapi wakil rakyat tak muncul2. Saya pun taliopn lah talipon bimbit wakil rakyat nak tanya pukui berapa bleh jumpa sebab saya byk lagi urusan kerja nak setel.

    Dia pun kata 10 minit lagi sampai. Saya pun tunggulah tapi wakil rakyat tanpa rasa bersalah sampai dah terus menuju ke pejabatnya walaupun lewat nya dah 30 minit dr dijanji 10 minit tadi.

    Bila giliran saya jumpa wakil rakyat dia pun tanya lah saya apa masaalah saya pun bagi tahu lah ni masaalah keselamatan dan dia jawab dengan senang suruh saya pi jumpa P. A nya dia suruh saya bawa P.A nya untuk menguruskan hal ni dengan polis.

    Saya ada satu je soalan pada semua wakil rakyat. Yang kami masa mengundi tu kami undi P.A ka kami undi wakil rakyat.

    Sibuk sangat ka wakil rakyat kami nak melayan org yang mengundi depa tu.

    Sebagai rakyat yang mengundi saya rasa kriteria2 ni patut di laksanakan oleh PM atau TPM untuk memilih wakil rakyat.

    1. Semua masaalah penduduk harus di kendalikan sendiri oleh wakil rakyat kecuali kalau wakil rakyat tu tak berkemampuan dari segi kesihatan atau berada di luar negara atau bertugas di peringkat kerajjan. Barulah wakil boleh dipilih untuk menguruskan rakyat.

    2. Gelaran yang berhormat harus diberi pada wakil rakyat yang melakukan tugas nya dengan sempurna bukan sebaik sahaja menang pilihanraya terus jadi YB

    3. Jika nombor talipon bimbit dipaparkan seelok elok nya wakil rakyat jawab lah sendiri jangan lah bagi orang lain jawab

    4. Setiap hari 24 jam sehari wakil rakyat harus prihatin. Bukan 5 tahun sekali. Time kempen pilihan raya selama 2 minggu wakil rakyat boleh pusing satu kawasan tapi lepas menang takkan tak leh nak praktikkan dalam 3 bulan sekali tu ambik masa dua minggu untuk tinjau kawasan.

    5. Konsep Pak Lah jangan bekerja untuk saya tapi bekerja bersama saya dah tak wujud lagi ke. Wakil rakyat kenalah ajak rakyat nya bekerja bersama dia.

    6. Kalau tak dipraktikan dengan segera saya rasa pilihan raya nanti saya tidur je lah kat rumah sebab undi pembangkang pun tak guna gak. Depa tu lagi teruk.

    Salam.

    Allah Selamatkan Malaysia…… Amiiiiinnnnn


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s