Mengimbas kembali kronologi pemilihan angkasawan Malaysia.

Oleh: Debryna

Pendaftaran

Oktober 2003 bermulanya pendaftaran menerusi laman web Agensi Angkasa Malaysia. Lebih 10 000 peserta mendaftar pada masa tersebut.

894 peserta telah dipilih untuk ujian larian sejauh 3.5 kilometer (km).

Langkah Pertama

27 Ogos 2005 & 3 September 2005, dalam masa 20 minit, seramai 435 orang telah melayakkan diri untuk larian sejauh 3.5 km. Dari jumlah tersebut 199 orang terpilih untuk peringkat seterusnya

.Langkah Kedua

Pada hari yang sama Ujian Penapisan Perubatan Asas dijalankan terhadap peserta yang terpilih. Peserta juga menjalani ujian air kencing, albumin dan gula. Selesai proses di atas 59 orang layak utuk ke peringkat seterusnya.

Langkah Ketiga

AEROPERUBATAN 1

25 & 30 September 2005

Peserta yang terpilih menjalani ujian air kencing bagi mengesan kesan dadah; ujian air kencing (Urine FEME); Ujian darah kiraan penuh darah; Ujian darah untuk HIV/Hepatitis B/ujian saringan penyakit kelamin (VDRL); Ukuran fizikal badan; Ukuran indeks jisim badan (BMI); Pemeriksaan audiomentri dan telinga,hidung, dan kerongkon (ENT); Pemeriksaan penglihatan dan mata; X-ray dada; Ukuran dada; Ukuran tekanan darah; Rehat ECG; Ekokardiografi (ECHO); Pemeriksaan Gigi.

Langkah keempat

AEROPERUBATAN 2

16 & 21 Januari 2006 

27 peserta harus menjalani ujian berikut :

*Ujian contoh najis

*Gambaran darah penuh

*Ujian fungsi paru-paru

*Ujian tekanan jantung

* Ujian keseimbagan tulang Densitomety

* Ujian kebuk altitud hipoksia di 25 000 kaki

*Gelombang ultrasonik abdomen

*Ujian emparan manusia

Seterusnya 18 peserta layak ke peringkat seterusnya.

Langkah kelima

Berikut proses seterusnya untuk para peserta:

16 & 24 Januari 2006

*Penilaian psikiatrik  Borang  Soal Selidik Kesihatan Am dijalankan terhadap peserta yang layak.

* Psychology Minnesota Multiphasic Personality Inventory and 16 Personality  Factor

*Penilaian Semula Psikiatrik

*Akitiviti berkumpulan

– Memasak menu Rusia-Kesanggupan berkorban

-Kecacatan

-Pengucapan Awam

– Kidal

-Temubual psikiatri di bawah sedar

*Ujian ikhtiar hidup (darat dan laut)

*Kursus/Ujian Bahasa Rusia

*Kompentasi teknikal

-Menerangkan sampel geologi

-Pengetahuan am berkenaa aeroangkasa

-Penulisan jurnal

-Ilmu mekanik jumantra

-Kompentesi penyelidikan perubatan

– Kemahiran berkomunikasi

*10 orang layak ke peringkat seterusnya

Langkah keenam

25 & 26 Januari 2006

*Ujian Imbasan Otak CT

*Mamogram

* Ulangan ujian densitometry tulang

*Upper Gastro-Intestinal Scope

*Ujian analisis hemoglobin darah.

*Ujian Darah Serum Biokimia, Ujian fungsi hati profil renal (buah pinggang)

* Lapan orang layak ke peringkat berikut

Langkah ketujuh

9 Febuari 2006

Temudaga pemilihan dijalankan ke atas semua peserta.

Dari lapan orang hanya empat orang terpilih.

Pengumuman

14 Mac 2006

Pengumuman empat angkasawan yang terpilih:

*Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 34, Pakar Bedah Ortopedik

*Vanajah Siva, 35, Jurutera Kanan Kualiti

*Mohamed Faiz Kamaludin, 34, Juruterbang Penerbangan Malaysia

*Dr. Faiz Khaleed, 27, Pakar Bedah Pergigian, Angkatan Tentera.

Langkah kelapan

15 Mac – 27 April 2006

Kesemua empat peserta menjalani ujian perubatan di Rusia termasuk neurologi (otak) dan adaptasi tubuh badan dalam keadaan mikrograviti. Hasil ujian dua orang terpilih.

Pengumuman

4 September 2006

Pengumuman kedua bagi pemilihan angkasawan Malaysia.

*Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

*Dr. Faiz Khaleed

Latihan Terakhir

27 September

 2006 – Oktober 2007

*Peserta menjalanai latihan terakhir di Pusat Latihan Yuri Gagarin, Star City, Rusia.

*Mengikuti kelas bahasa Rusian yang berkaitan teori penerbangan, navagasi, orbit dan angkasa lepas

*Latihan fizikal, angkat berat, berenang dan larian yang dilakukan dua kali seminggu selama dua jam di bawah pengawasan jurulatih peribadi

.Hari pelancaran ke Angkasa

Oktober 2007

Angkasawan Malaysia pertama dijangka berlepas di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan.

Destinasi Akhir

Oktober 2007

Saintis di seluruh dunia dan 27 juta rakyat Malaysia menyaksikan angkasawan pertama Malaysia menjejakan kaki  di Stesen Antarabangsa Angkasa (ISS). Sekaligus tarikh keramat itu menjadikan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor , angkasawan beragama Islam pertama yang berpuasa dan menyambut Aidilfitri di ISS.

 Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dipertanggungjawab menjalankan penyelidikan di ISS:

*Penyelidikan saintifik 

*Sains hidup

*Pencerapan bumi dan sains fizikal

*Pendidikan  dan teknologi

5 Komen

  1. syabas dan tahniah buat Dr. SMS……terima kasih buat kerajaan Malaysia……

    tanpa usaha kerajaan Malaysia untuk menghantar Dr. SMS dan tanpa Dr. SMS yang cekal dan tabah serta tidak mudah berputu asa untuk dipilih dan seterusnya, menjejakan kaki ke ISS……sudah tentu kejayaan sebegini tidak dapat di raikan oleh seluruh rakyat Malaysia!…

    Tahniah dan Syabas!!!

  2. bangga sangat dengan kejayaan dr sheikh muszaphar yang berjaya menjadi angkasawan pertama malaysia..apa yang paling membanggakan saya ialah angkasawan pertama malaysia merupakan orang melayu beragama islam…tahniah buat dr sheikh,semoga dr sheikh terus maju dan teruskan dengan niat dr sheikh untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat malaysia…dr sheikh merupakan idola saya,saya menjadikan kejayaan dr sheikh sebagai pendorong untuk saya maju seperti dr sheikh…syabas dr sheikh muszaphar..

  3. dr is the best astronout..
    congratulations dr…
    dr adalah wira negara..
    MALAYSIA BOLEH!!! =)

  4. Do you mind if I quote a few of your posts as long
    as I provide credit and sources back to your site? My blog site is in the exact same
    niche as yours and my users would genuinely benefit from a lot of the information you provide here.

    Please let me know if this okay with you. Cheers!

  5. I believe what you wrote mad a ton of sense.
    However, think about this, what if you were to write a awesome title?
    I am not saying your informatiion isn’t good, however suppose you added a post title to possibly get a
    person’s attention? I mean Mengimbas kembali kronologi
    pemilihan angkasawan Malaysia. | GERBANG HATI KE HATI is a little vanilla.
    You ought to glance at Yahoo’s home page and note how they create article titles to get viewers interested.
    You might add a related video or a picture or two to grab people excited abot what you’ve written. Just my opinion, it might make your website a llittle bit more interesting.


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s