Diskriminasi bodoh Pembangkang

Oleh: Debryna 

Isu saranan Dr Faiz tidak berkahwin sehingga 2011 kini cuba dihangatkan oleh pembangkang. Isu ‘tidak berkahwin’ ini sebenarnya sudah lama kita ketahui dan mendapat liputan media yang meluas.

Tapi macam biasa, pembangkang yang ketandusan idea memang sengaja menghangatkan isu tersebut bagi menarik perhatian.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) berkata isu tersebut merupakan satu diskriminasi yang akan menimbulkan tekanan kepada Dr Faiz serta mereka yang berminat menyertai program angkasawan negara pada masa hadapan.

Kenyataan ini langsung tidak masuk akal. Ini menunjukkan tahap pemikiran Fong yang kebudak budakan.

Isu ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis.

Menurutnya ia bertujuan memastikan Dr Faiz sentiasa dapat  memberikan fokus pasa setiap sesi latihan yang perlu diikutinya kelak.

Dr Jamaluddin turut berkata ini bukan satu paksaan tetapi beliau berharap Faiz dapat  mempertimbangkan perkara itu semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.

Ini kerana beliau bimbang jika Faiz Berkahwin mungkin sukar jalani latihan kerana teringatkan isteri dan anak.

Dr Faiz mengaku bahawa misi beliau akan lebih mencabar dari banyak aspek termasuk latihan dan eksperimen yang bakal dibuat, dan beliau sama sekali berpendapat arahan ‘tidak berkahwin’ bukan satu paksaan mahupun bebanan kepada beliau. Dr Faiz turut menegaskan, masa sekarang ialah memberi tumpuan sepenuhnya kepada misi program tersebut.

Sebagai seorang dewasa Fong perlu tahu  untuk melayakan diri bergelar angkasawan negara bukanlah satu proses mudah.  Jika sesiapa sahaja yang diberi peluang ini pasti akan menggambil langkah yang sama dan bersedia berkorban demi merealisasikan impian.

Mungkin Fong tidak pernah mempunyai impian setinggi itu. Jika diri tidak mempunyai cita-cita, tolong jangan nak babitkan orang lain pula!

Apapun kepada Dr Faiz, semoga berjaya dalam misi ini dan kembali membawa jalur gemilang di mata dunia.

2 Komen

  1. well kalau i pun..i sanggup bekorban hey..after all bukan senang la nk jadi angkasawan.. apa la punya bodoh pembangkang ni. kalau ye pun nk bangkang, pk la benda n idea yg bernas sket. bosan la takat isu mcm ni nk besarkan.

  2. i sokong 100%


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s