Pendirian Anwar Tidak Konsisten – Siri 2

Pendirian Anwar Tidak Konsisten – Siri 2 

Oleh:NEWRULE

Satu masa dahulu rakyat Malaysia digemparkan dengan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Anwar kelihatan tenang dan redha akan takdir pada hari pemecatan beliau. 

Namun ketenangan Anwar hanya bersifat sementara apabila punca sebenar pemecatan beliau diketahui ramai. Anwar menjadi semakin takut, beliau teru menggambil langkah mengelilingi hampir keseluruh Negara dengan mengaibkan serta membuka rahsia kerajaan.

Dalam keghairahan beliau menghina dan cubaan menjatuhkan kerajaan, rakyat sudah mula berfikir jika benar beliau tidak bersalah masakan orang yang mengaku ilmu agamanya penuh di dada sanggup menghina Kerajaan secara mendadak ?

Anwar manusia hipokrit, Mengapa setelah dipecat di atas kesalahan yang dilakukan beliau kelang kabut menentang kerajaan? Adakah kerana beliau takut akan kehilangan kuasa ?

Anwar manusia hipokrit, ketika di dalam UMNO beliau menentang pembangkang habis habisan tapi sekarang beliau pula yang terhegeh-hegeh menjalinkan hubungan dan bekerjasama dengan pembangkang. Inikah pemimpin yang kita mahukan? Pemimpin palsu yang tidak ikhlas?

Anwar manusia hipokrit, berlagak baik di depan orang ramai, malangnya ada rakyat yang taksub  terhadap Anwar dengan hanya berdasarkan populariti perjuangan islam Anwar , ramai yang menganggap beliau adalah tokoh agama yang hebat sampaikan islam tidak boleh digerakan tanpanya.

Jika benar Anwar ingin memperjuangkan Islam dan perpaduan kaum, rakyat perlu tahu konteks Islam dari segi hubungan antara pemimpin dan rakyat. Kita sebagai rakyat wajib membantu kerajaan dalam usaha membangunkan Negara, oleh itu jika ingin menegur kesalahan kerajaan, gunakanlah cara yang betul yang mengikut syarak, bukan seperti Anwar yang tidak henti-henti menabur fitnah yang faktanya kerap meragukan rakyat.

Menghina, menuduh dan mengaibkan pemimpin/kerajaan  bukan caranya wahai Anwar yang hipokrit. Ingatlah banyak mana pun benci Anwar dan pembangkang yang lain terhadap kerajaan, bersyukurlah dengan apa yang kita dan Negara miliki pada hari ini. Jika bukan kerana UMNO/BN belum tentu bilangan orang Melayu yang maju meningkat seperti sekarang.

Kita harus buang sikap taksub terhadap demi kepentingan Melayu dan Negara bukan kerana individu. Memilih pemimpin biarlah yang benar-benar layak bukannya pemimpin yang hanya tahu menyalak seperti anjing menyalahkan orang lain kerana terlalu tamak dan ghairah terhadap kuasa ingin menjadi orang nombor satu Negara.

 

4 Komen

  1. klu dia betul ,dia takan menentang seextrem ini &dia banyak penyokong yang ade kepentingan dlm agenda nya itu sebabnya jadi macamni.

  2. Satu je persoalan yang timbul bila berckp berkenaan insan bernama Anwar ni. Kenapa dia beria-ria sangat hendak menjadi PM. Adakah termaktub didalam mana2 kitab menyatakan Anwar mesti menjadi PM. Kalau betul dia difitnah dulu, cukuplah sekadar membersihkan namanya. Kenapa tak boleh perkara2 lain? kalau nak berpolitik, tak salah. Apa tujuannya ingin menjadi PM, hendak membalas demdam kenapa suma yg terlibat? itu bukan islam namanya. hendak mentadbir dengan lebih baik? bersekongkol dgn DAP bkn jalan yg baik. Adakah dia rasa dia merupakan pemimpin terpilih (the one) utk jadi PM. Rekodnya sebagai pemimpin masih samar2. Pemimpin yang baik adalah yg dipilih rakyat bukannya yg mencalonkan dirinya sendiri.

  3. Kenapa penyokong PKR begitu taksub terhadap Anwar. Bukankah itu merupakan cara org syiah yang begitu taksub terhadap pemimpin mereka. sepeti mana mereka taksub terhadap Imam besar mereka saidina Ali yg tak bersalah didalam hal ini kerana saidina Ali tidak meminta mereka berbuat sedemikian. itu la yg saya lihat sekarang terjadi di Malaysia. Kita sudah sampai tahap mendewa-dewakan pemimpin kita smpai tahap sanggup berkorban apa shj. perkara begini tidak pula berlaku dlm UMNO (seperti yg berlaku kpd Tun). Kalu Anwar tidak bersalah sekalipun tak semestinya dia merupakan calon PM yang seterusnya. Apa yang berlaku sekrang adalh seperti Anwar lah bakal menjadi PM Malaysia dan tidak boleh dinafikan lagi oleh sesiapa pun. bukankah itu bukan cth pemimpin yang baik. Kenapa Anwar hendak menjadi PM. Supaya boleh bawak msk anasir barat (berpaksikan Yahudi), seperti IMF dsbnya. bukan handak menuduh tetapi meragui motif nya yg beria – ria sangat dan tak sabar2 nak jadi PM Wallahualam

  4. Rasuah Politik Pasca PRU-12?

    Saya terkejut apabila semalam semasa perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, sahabat saya, Dato’ Abdul Rahman Dahlan (BN – Kota Belud) menyatakan bahawa beliau telah ditawarkan duit dan jawatan Kabinet daripada pihak Pakatan Rakyat (“PR”) untuk melompat parti.

    Sila layari http://www.rembau.net


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s