Pendirian Anwar tidak konsisten – Siri 1

Pendirian Anwar tidak konsisten

Oleh: NEWRULE

Anwar sememangnya bercita-cita tinggi untuk menjadi pemimpin besar negara. Ini boleh dilihat dari sejarah perjuangannya di mana dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan cita-citanya menjadi kenyataan.

Anwar yang kini Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kian taksub dalam mencari jalan agar cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri tercapai.

Jika Pas boleh menjamin kedudukan beliau menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil dia akan terus menggengam Pas. Jika parti  komunis boleh membawa dia mencapai cita-citanya, tidak hairan jika Anuar akan masuk dan berjuang dalam parti komunis tersebut.

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa 

” Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan. Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.

Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu? Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja.”

Terbukti ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang tidak konsisten dengan pendiriannya. Dahulu bukan main Anwar  kutuk PAS. Sekarang lain jadinya  melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau meyanjung tinggi dan memuja kepimpinan Pas . Tidak cukup dengan itu beliau kini bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP. Apa sudah jadi?

Adakah orang macam ini yang layak digelar pemimpin? Mulut manis lidah berkait. Sudah semestinya TIDAK!

PAS yang mengaku parti Islamic dilihat seakan menerima apa sahaja keadaan walaupun terpaksa bersekongkol dengan orang yang bagaikan serampang dua mata. Adakah  parti Pas benar-benar berpegang kepada prinsip perjuangannya yang suci seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Mungkin juga Pas berpegang kepada fahaman politik yang sempit dan sering berubah-ubah sehingga sanggup “bekerjasama” dengan parti-parti Barisan Alternatif yang lain demi meraih sokongan berterusan. Jika benar, Pas juga tergolong dalam golongan yang tidak konsisten dengan pendirian parti.

Nasihat Anwar kepada UMNO agar tidak melakukan sesuatu demi kepentingan diri sendiri sungguh  memualkan. Nasihat ini memang tidak boleh diterima sama sekali. Anwar cuba membuat spekulasi yang sebenarnya hanya membuka pekungnya sendiri. Cuba kita Imbasi kembali apabila  semua kakitangan pejabat Anwar yang berhenti, mereka semua kini hidup dalam kemewahan dan kaya-raya.

Mereka ini adalah golongan Setiausaha Sulit, Setiausaha Sulit Kanan dan Setiausaha Politik. Yakni  Nasaruddin, Sarip Jusoh, Othman, Salamon. Kesemua mereka ini hidup dalam kemewahan sehingga kini.

Bapa Anwar seorang ahli korprat yang terkenal sebagai Pengerusi Syarikat IOI, dan juga Pengerusi Innovest. Anwar beri bapanya”exclusive exporter” ubat-ubat dari Malaysia untuk dihantar ke Iraq yang bernilai RM 20 juta setahun.

Dalam pada masa yang sama Anwar tuduh Kerajaan tidak ambil berat terhadap kebanyakan syarikat perumahan yang tidak membuat rumah kos rendah bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah. Mungkin Anwar sengaja membutakan mata dari melihat projek-projek perumahan kos rendah oleh kerajaan yang kian banyak dibangunkan.

Yang peliknya mengapa Anwar tidak mempersoalkan tentang projek perumahan Syarikat IOI di Puchong, yang langsung tiadak melibatkan projek rumah kos rendah?

Lain pula kes abang Anwar yang dahulunya muflis tapi apabila Anwar berkuasa semasa menjadi Menteri Kewangan, abangnya menjadi pengarah beberapa buah syarikat dan ini termasuk syarikat perjudian Olympia.

Adik Anwar juga turut merasa kemewahan ketika Anwar berkuasa apabila Syarikat Innovest milik Dato Wong yang tidak boleh disenaraikan di KLSE. Hasil usaha Anwar, bapanya dan adiknya Marzuki disogok oleh Dato Wong agar mereka menjadi Pengarah Innovest dan selepas itu Innovest terus tersenarai di KLSE. Difahamkan juga bapa Anwar dan Marzuki mendapat 30 juta saham dengan harga RM3.00 bagi setiap saham sebagai imbuhan. Kemudiannya saham ini dijual dengan harga RM6.00. Masa inilah Anwar sekeluarga mendapat keuntungan RM90 juta.

Perkara ini mungkin dianggap kecil tetapi kita harus sedar ahli keluarga Anwar mula aktif dalam dunia perniagaan apabila Anwar berkuasa, bukan dari sebelum Anwar berkuasa di Kementerian Kewangan dahulu.

Oleh itu Anwar berhentilah menyalak dan mengaku kononya dirinya bersih dari kronisme seperti yang Anwar tuduh terhadapap puncuk pimpinan sekarang. Anwar juga sememangnya membina kekayaan untuk keluarga dan sahabat-sahabatnya. Ini berlaku sebelum sempat beliau jadi Perdana Menteri, bayangkanlah jika Anwar menjadi pemimpin nombor satu Negara. Kita sudah pasti dirumdum korupsi yang teruk disebabkan ketamakan si Anwar itu.

 

3 Komen

  1. hmm…siasat lah dulu

  2. betulke?

  3. ade betul juga tu .kita kene pro utk menilainya……….


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s